Friday, February 15, 2013

menjadi ibu mengandung itu anugerah yg sangat indah

Alhamdulillah syukur.tgk entry pom da taw nak citr pasal ape kan? syukur yg xterhingga.nikmat menjadi seorang wanita.ecewah.haha.sebenarnye da taw time pregnant 5mggu n keep it sebab trimester pertama ni sensitif.xnak kecoh2 dl.lgpon aku ni bukan fasha sandha or diana danielle nk gtaw satu dunia yg aku da pregnant.sepanjang pregnant dah 3 bulan ni.byk yg aku hadapi menyedarkan aku betape besar pengorbanan seorang ibu.lg2 ibu yg masih belajar,bekerja even yg suri rumah pon bsr dugaanye.sebab ape? sebab aku juge seorang pelajar n suri rumah.kadang jadual kite tertgguh disebabkn kesihatan ya x menentu.maklumlah trimester pertama yang agak kritikal.

pengalaman aku menahan muntah time exam xdpt aku lupekan.aku tgh jwb subjek killer time tu.time tu ape yg aku dpt buat cume berdoa pada Allah agar aku diberi kekuatan n i said quitely to my baby."my dear baby,please be strong, mama love you'.and after that mmg target sem result jatuh tp alhmdulillah disebbkn rezeki yg Allah bagi,doa org2 yg sayangkan aku.result aku alhmdllh.aku bgtaw baby.alhmdllh baby,mama tumpang berkat baby ye.

Dugaan yg lbh bsr,mgkin pada org laen xbsr mane pon.tp pada aku yg iman mmg senipis rmbut ni mmg terase sgt.bile screen lptop pecah n laptop suami rosak. padahal tesis bab 4 aku da tulis separuh.aku redha.aku cube nk sembunyikan risau aku .yela aku xnak la bebankn husband aku yg tgh pening pasal futher study die.tp kdg2 aku xdpt thn gak.mmg melelhla.nasib baek ade husband yg phm n sentiasa sokong.ya Allah,permudahkan urusanya seperti mana die semtiasa menyenangkan hati aku.xde ape yg dpt aku bg selain lyn die sebaik mngkin n sentiasa doakan dia.kdg2 aku tepkse stay up sebab nk siapkan tesis.poor my baby.sll xcukup rest.kdg2 aku hrp pertolongan org lain jugak sbb aku mcm dah putus asa tp Allah mgkin nak tunjukkan aku yg Allah adalah sebaik2 pemberi pertolongan.thank you Allah atas nikmat.

kepada kawan2 atau sesiapa saje yg tekad utk berkahwin semase belajar.bersedia dan tabahlah terutama kawan2 muslimah kerana dugaan itu xpernah jauh dari kita.tapi sentiasalah ingt kepda Allah. Dia Maha penyayang,mengadulah dgn dia kerana Dia sebaik2 penolong.tabahkan hati,hadapi dgn senyuman.bagi muslimah yg mghadapi keadaan yg same dgn saye,saye doakan sentiasa tabah dan sentiasa diberi rahmat Allah.sebab itulah Allah sentiasa mengampuni dosa ibu yang mengandung krn dugaan yg diterimanya bukan sesuatu yg mudah utk dihadapiAllah pilih anda kerana anda mampu hadapinye.

love,

puja

Wednesday, August 8, 2012

Bile mereka tanya, saya jawab ikhlas.hehe



Mereka : Tak rase awal lagi ke nak kawen ni?
Saya : Nak kumpul pahala banyak-banyak cepat siket.hehe. Diri ini perlukan pembimbing.ecewah.

Mereka : Nape pilih die?
Saya : Tak pilih pon, Allah yang bagi. (Ayat nak  Irma Hasmie je kan, tapi memang betol pon kan?kan?kan?). Sebab bila dengan die, perasaan syukur kepada Allah semakin tebal. Rasa Allah sayang sangat. Terima kasih Allah.

Mereka : Tak takut affect study ke?
Saya : Die kan lecturer, suruh bagi markah lebeh..haha.Xpayahla, die xngajar puja pon. Result much more better bile ade dia and bila dah kawen nanti mesti lagi senang sebab die ade kat sebelah. Xpayah nak pikir laen da.hehe.*gatal +miang*

Mereka : Confirm sangat ke ngan die?
Saya : Saya xberani menjawabnye. Kite hanya merancang, Allah sebaek-baek perancang. Doakan ye!pelis!pelis! Yang pasti semakin dekat dengan tarikh itu, semakin terasa membuak-buak ke ladang gandum nak perbaiki diri.heeeeeeeeee :)


Ok, yang nak survey barang kawen tu, meh nak aksi taw tempat yang best nak shopping setakat ni la.


  • Kaen satin, mane-mane murah.Xpayah nak jauh sangat pegi.Ok, tak membantu. Pengantin kan nak letak lace kat baju biar letup-letup kan time kawen nanti kan. Murah sangat kat Bandung, ape lagi pergi tengok promotion kat Air Asia sane. Xyah nak jauh benau. Muaz Textile (Jalan Tar) and Nagoya murah, Tak delah macam Gulati's semeter RM100++.Nak pengsan laju-laju tengok tapi memang cecantek. Tak pon tempah kat Lovely lace. Murah, pilih je nak yang macam mane.
  • NILAI!!lai!lai!ade kedai yang murah, ade yang mahal.kene survey banyak-banyak kali-kali.Kedai VR kot namenye murah tang paper bag. Kedai LIA pon murah gak. yang pastinya memang kene survey.
  • Bunga-bunga and barang vintage kat Romantika. Nak cari kedai dia mintak tolong pak cik google ye.
  • SEMUA HOUSE kat jalan TAR boleh tahan. Semua dalam satu kedai. tingkat 5. 
  • Fah Lean Florist Balakong
  • Kotak-kotak nak letak cokolat ke cupcake ke cake ke gula-gula ke :Yummie Bakery Bandar Baru Bangi. (Kedai sentiasa penuh)
  • Kedai kertas bagi yang suka DIY tu Kedai borong kat Hentian Kajang.Tak ingat namenye tapi first row dekat2 hujung gitu.\

Semoga terbantu :)

Malam tadi da masuk 10 malam terakhir. Ruginya tak bangun malam tadi. isk.isk. Bangun malam kejut saye!

Jaga iman, jaga solat.

Sunday, August 5, 2012

Short Update



Dah lame tak tengok blog!rindu..dah jangan mengada.Salam Ramadhan semua.Semoga Ramadhan kali ni lebih baek dari yang sebelum ni.Haih, first aim puase kali ni gagal. Baru nak bangga tak payah ganti puasa. Tulah, Allah nak tunjuk hidup kat dunia ni tak boleh sekali-kali mebangga diri ye adek-adek. Selalu kan kita buat wedding checklist (aku la tu), exam checklist (aku lagi) and segala jenis list, tiba-tiba hari tu nampak RAMADHAN CHECKLIST. hamek. Memang kene batang hidung mulut lah.

  • Solat Terawikh (Full)
  • Sedekah
  • Exchange makanan dengan jiran
  • Tadarus
  • Khatam Quran
Tu yang sempat disnap oleh otak.kehkeh.Sama-sama kita berdoa kita berjaya lakukannya.YAKIN BOLEH.Ecewah, mentang-mentang DLCW kalah semalam, kuciwa tak dapat eskem free.anyway we proud of you DLCW.Melalut dah

Preparation ke arah big day alhamdulillah sedikit slow. maklumlah student lagi da gatal nak kawen kan.Entah kenapa makin dekat dengan hari itu, makin banyak rezeki melimpah ruah, result pon alhamdulillah. Better than undergrad punye result. ALHAMDULILLAH. Rezeki kan. Ape lagi jom la same-same ke arah tu.hehe.



Pilih-pilih, buy 1 free all.SALE!SALE!

Alhamdulillah, ade orang sponsor kaen. alhamdulillah. Saye suka bila beliau bahasakan diri "MAK"..Selesa sangat.>_<.hehehepi.Doakan yang terbaek semua.Berita baek lagi, labwork da siap.Continue bab 4 tesis.
Jaga iman, Jaga solat. :)

Thursday, June 21, 2012

6 Perkara Allah sembunyikan




Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara 
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu 
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir 
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.




Selamat beramal :)

rose crepe paper










comel tak?